Loading Events
This event has passed.

THE 4th INTERNATIONAL INNOVATION, DESIGN AND ARTICULATION (i-IDeATM 2018)

“Empowering Research, Innovation Idea & Entrepreneurship Towards Sustainable Economy”

The 4th International Innovation, Design and Articulation (i-IDeATM 2018) merupakan satu program peringkat antarabangsa yang antara lain bertujuan untuk:

  1. PENGENALAN

         The 4th International Innovation, Design and Articulation (i-IDeATM 2018) merupakan satu program peringkat antarabangsa yang antara lain bertujuan untuk:

  1. a) Mempamerkan dan mempertandingkan rekacipta inovasi dan idea yang dihasilkan oleh ahli akademik dan bukan akademik, penyelidik, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara serta sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia yang mempunyai nilai pengkormesialan.
  2. b) Meningkatkan budaya inovasi melalui penyelidikan dan pengalaman di samping memupuk minat organisasi kerajaan dan swasta untuk mendapatkan khidmat kepakaran dari institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi yang terlibat.
  3. c) Mewujudkan kerjasama pengkomersialan antara peserta dengan pihak agensi kerajaan, swasta, badan-badan korporat serta pihak industri dalam pelbagai bidang, antaranya Sains dan Teknologi, Komputer Sains dan Teknologi, „Renewable Energy‟ dan bidang-bidang yang dilihat sesuai dengan tema dan matlamat pihak kami.
  4. d) Menerapkan aspek inovasi keusahawanan di kalangan peserta ke arah pemacuan negara berpendapatan tinggi serta berstatus negara maju sejajar dengan visi baru negara, Transformasi Nasional 2050 (TN50) seperti yang diisytiharkan Perdana Menteri sebelum ini.

 

  1. MAKLUMAT PROGRAM i-IDeATM 2018

 

2.1 JAWATANKUASA INDUK 

  Senarai Ahli Jawatankuasa Induk Pertandingan 4th i-IDeA adalah seperti di Lampiran 1.

 

2.2 LATAR BELAKANG PROGRAM

International Innovation, Design and Articulation (i-IDeA) merupakan satu program dwitahunan anjuran Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis. Penganjuran i-IDeA pertama bermula pada tahun 2013 melalui i-IDeA 2013. Sambutan dan maklumat positif berkenaan dengan progam i-IDeA memberi momentum kepada penganjur untuk meneruskan penganjuran i-IDeA 2014 dan i-IDeA 2016.

Transformasi Nasional (TN50) menggariskan visi negara untuk menjadi 20 negara teratas dalam aspek pembangunan ekonomi, sosial dan inovasi. Menyahut seruan tersebut, pihak penganjur meneruskan kesinambungan penganjuran i-IDeA melalui The 4th International Innovation, Design and Articulation (i-IDeATM 2018).  i-IDeATM 2018 merupakan program peringkat antarabangsa yang antara lain bertujuan untuk:

  1. a) Mempamerkan dan mempertandingkan rekacipta inovasi dan idea yang mempunyai nilai komersial hasil ciptaan ahli akademik dan bukan akademik, penyelidik, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara serta sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia
  2. b) Meningkatkan budaya inovasi melalui penyelidikan dan pengalaman peserta di samping memupuk minat organisasi kerajaan dan swasta untuk mendapatkan khidmat kepakaran dari institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi
  3. c) Mewujudkan kerjasama pengkomersialan antara peserta dengan pihak agensi kerajaan dan swasta

i-IDeATM 2018 dibahagikan kepada 14 acara daripada tiga kategori utama iaitu inovasi, konferen dan pameran dan pertandingan.

 

Share This Story, Choose Your Platform!